Catatan

Nak share pasal Gua Tempurung kat Perak ni....

Imej
     Gua Tempurung  ialah sebuah  gua batu kapur  yang terletak di  Gopeng ,  Perak . Namanya diambil sempena bentuknya seperti  tempurung   kelapa . Panjang  gua  ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung di Gopeng, Perak Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung  kelapa , dengan setiap kubah mempunyai bentuk  stalagmit  dan  stalaktit  yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras  air , dan kandungan  batu kapur  dan  marmar . Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di  Semenanjung Malaysia . Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung. Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk