Nak share pasal Gua Tempurung kat Perak ni....
Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng , Perak . Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa . Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi. Gua Tempurung di Gopeng, Perak Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa , dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air , dan kandungan batu kapur dan marmar . Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia . Gua Tempurung merupakan sebuah gua yang menjadi tumpuan pelancong yang merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, dan terdiri daripada lima siling kubah yang berbentuk tempurung. Gua Tempurung terletak di Gopeng, sekitar 24 kilometer selatan bandar Ipoh. ia juga hanya 15 minit memandu dari Sungai Kampar yang juga merupakan tumpuan para pelancong untuk